Friday, December 5, 2008

Qurban - Ust. Zamihan Mohd Zain

Ikut Mazhab Shafie - sunat muakkad, tapi Mazhab 3 yang lain -- wajib.

Binatang - Unta, Lembu, Kambing/Biri. Binatang lain - kerbau/ayam ulama terpencil. Ayam contoh hujahnya kerana ada disebut dalam ranking kehadiran di masjid oleh hadis Nabi dan juga sesuai bagi meraka yang miskin yang ingin terlibat dalam menumpahkan darah qurban.
Mulakan menyembelih binatang yang putih dulu, diikuti yang kuning, kelabu dan bercampur-campur.
Mesti cukup umur binatang itu 2 tahun, walaupun boleh digemukkan pada tahun pertama. Hikmahnya sama seperti bilangan rakaat solat, bilangan berzikir yang hanya Allah yang tahu. Kenapa babi diharamkan makan - adakah kerana makannya kotor (itik nila/kaki pun makan benda kotor) atau adakah kerana daging ada cacing pita yang tidak mati (apa jadi kalau saintis boleh cipta babi yang tiada cacing pita?). maka hikmah haramnya babi -- hanya Allah yang tahu.
Binatang tidak cacat. Kalau cacat lepas beli (tercucuk mata/buta, terjatuh lori patah kaki) masih OK boleh terus. Bahkan kalau mati sekalipun (duit cukup untuk korban sahaja) maka sudah dikira berkorban.
Qurban mesti dilakukan selepas solat Aidil Adha, kalu dibuat sebelum itu, hanya jadi sedekah. Korban malam pada hari Tasyrik pun OK.
Tidak boleh niat dalam 1 bahagian (contoh, aqiqah + korban).
Binatang perlulah ditambat (sunat), diberi makan/minum walaupun hendak disembelih.
Bawa binatang ke tempat sembelih dengan sopan, Saidina Umar pernah memanggil celaka orang yang mengheret binatang dengan kakinya. Binatang dibaringkan mengadap kiblat pada rusuk kirinya (kalau jenazah orang mengadapa kiblat pada rusuk kanan). Tidak boleh sembelih depan kawan-kawan lembu yang lain, makruh. Begitu juga mengasah parang didepan mereka.
Daging qurban haram dijual (boleh diberi pada orang kafir yang miskin dengan doa supaya mereka mendapat hidayah).
Pembahagian daging seeloknya 1/3 (sendiri - ambil barakah qurban) 1/3 kerabat & 1/3 orang miskin.
Boleh ditinkan dan dihantar ke negara Islam yang memerlukan.

No comments: