Thursday, January 31, 2008

Al-Fatihah

Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Bekas Mufti Dato' Ishak Baharom yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang yang mendapat rahmat dan kebahagian di akhirat. Amin.

Saturday, January 19, 2008

Zikir Harian

Ini adalah Zikir Harian yang seelok-eloknya kita baca 1,000 kali sehari.

Jumaat (Ya Allah)
Sabtu (La Illah Illallah)
Ahad (Al Hayyul Qayyum)
Isnin (La Haw Lawala Quwwata Illah Billah Alliyyim Azim)
Selasa (Selawat Atas Nabi)
Rabu (Astagfirullah Al-Azim)
Khamis (Subhanallah Hi Wabihamdih, Subhanallah Hil Azim)

Amalkan.

Friday, January 18, 2008

Hari Ini - 10 Muharam 1429 Hijrah

Hari Ini - 10 Muharam 1429 Hijrah bersamaan Hari Sabtu 19 Januari 2008.

Dalam Tazkirah bulanan setiap pagi Sabtu di surau tadi, Ustaz memberitahu perkara-perkara yang disunatkan kita buat.

a. Puasa Sunat
b. Menziarahi orang-orang Alim/Ulama
c. Luaskan perbelanjaan untuk keluarga, atau sedapkan/banyakkan masakan untuk family
d. Bersedekah terutama untuk orang yang berpuasa dan untuk Anak Yatim
e. Banyakkan membaca Surah Al-Ikhlas
f. Banyakkan Bertasbih/Berzikir

Hadirlah, Belajarlah, Dalamilah - Islam

BLOG ini saya khaskan untuk menulis kembali apa yang saya pelajari dari kuliah agama yang saya hadiri samada di masjid, surau, kenduri, tazkirah di radio, perjumpaan ataupun dari nasihat berkenaan hal agama yang disampaikan oleh individu.

Semoga kita dapat berkongsi. Yang baik semua dari ALLAH, yang kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Semoga ada kebaikan dan keberkatan atas usaha mewujudkan BLOG ini.

Semoga kita semua mendapat kejayaan, kebahagian, rahmat dan keberkatan ALLAH dari dunia sampai akhirat.

ISLAM - THE WAY OF LIFE.

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!