Friday, February 29, 2008

Kuliah Maghrib Jumaat 29 Feb 08

Beza Bani Israel dan Yahudi

Bani Israel ialah bangsa. Terdiri dalam bangsa itu ialah para Nabi-nabi, pengikut setianya, pengikut yang ingkar.

Yahudi pula adalah ideologi kefahaman. Allah menyebutnya kerana semua Yahudi adalah kufur, bertindak jahat kepada Nabi-nabi dan Islam. Lebih kurang sama dengan Zionis (kefahaman).

Orang Yahudi suka menggunakan negara mereka sebagai Israel kerana hubungannya dengan ramai Nabi-nabi.

Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya (lebih kurang) Tidak tiba hari kiamat sehingga orang Yahudi ini diperangi oleh kaum Muslimin.

Islam akan mencapai kejayaan dalam peperangan ini.

Nabi s.a.w bersabda (Hadis Sahih) - yang maksudnya lebih kurang -umat akhir zaman yang mengamalkan (mengambil) Islam dalam kehidupannya, maka ganjaran pahalanya seumpama 50 orang para shabat.

Maka, rebutlah dan carilah Islam, belajar, amalkan secara konsisten dan bersungguh, moga mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Wednesday, February 27, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 25 Feb 08 - Hadith 40

Kuliah Maghrib - Hadith 40 - Ustaz Muhammad Zairi Ahmad

Ini adalah kuliah pertama Ustaz di Masjid kami.

Hadith 40 adalah hadis asas yang perlu diketahui oleh Muslimin & Muslimat. Ianya berkenaan bab asas dalam Islam. Semua Hadith ini adalah sahih.

Hadith 40 dimulakan dengan satu hadis yang memfokus pada NIAT. Hadis pertama ini dari segi nisbah kepentingannya adalah 1/3 daripada keseluruhan hadis-hadis. Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar r.a. Saidina Umar adalah bapa Singa, gelaran kerana berani dan ditakuti kawan dan lawan. Saidina Umar adalah sepuluh orang yang dijamin Syurga. Semasa hidupnya beliau meriwayatkan 569 Hadis. Dalam satu hadis Nabi s.a.w, baginda membandingkan Iman seluruh umat manusia akhir zaman jika ditimbang dengan Iman Saidina Umar, akan didapati Iman Saidina Umar lebih berat.

Semua amalan setiap muslimin dan muslimat hendaklah dimulakan dengan NIAT. Jika tidak sia-sialah amalannya. Perlu juga diingat, bahawa ketentuan Syurga dan Neraka bukanlah disebabkan akan amalan kita, tetapi kerana RAHMAT ALLAH.

Friday, February 22, 2008

Jumaat 22 Feb Kuliah Maghrib - Tasauf - Penawar Bagi Hati

Kuliah Tasauf

Ini adalah kuliah sambungan berkenaan 7 pacaindera yang akan ditanya Allah di Akhirat kelak.

Kuliah malam ini fokus kepada Pacaindera Mata. Allah memberi mata untuk perkara Akhirat dan perkara Dunia.

Perkara Akhirat ialah untuk melihat segala apa kejadian Allah ini untuk melihat Allah (melihat kebesaran Allah). Contohnya, melihat langit, bintang, bulan, matahari, permandangan dan sebagainya. Semuanya untuk dilihat oleh mata dan hendaklah kita sentiasa melihat di dalamnya kebesaran Allah.

Perkara Dunia ialah gunakan mata untuk pekerjaan, untuk kebaikan, menjaganya daripada maksiat.

Ada beberapa perkara yang jika kita melihat sahaja, sudah mendapat pahala.
a. Melihat Kaabah (atau gambarnya)
b. Melihat Masjid
c. Melihat Al-Quran (apalagi jika membacanya. Oleh itu letak Al-Quran di meja/bilik dan di tempat strategik)
d. Melihat Ulama (Ulama yang benar, tinggikan kebaikan dan cegah mungkar).

Jaga Mata, kerana dari mata turun ke hati dan seterusnya rosaklah semua pacaindera lain kerana sifatnya yang saling berkait.

Satu lagi pesan Ustaz, haram bersalam/bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim (halal kahwin) kerana haram hukumnya - dari Hadith Nabi Muhammad s.a.w riwayat At-Tabrani yang maksudnya (yang penulis ingat lebih kurang) siapa yang dengan bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, maka lebih baik dia diketuk jarum (besi) di kepalanya.

Wallahualam.

Tuesday, February 19, 2008

Selasa 19 Feb 08 - Kuliah Maghrib

Kuliah Fatwa-Fatwa oleh Ustaz Rosli Mokhtar.

Beliau menyentuh kepentingan pilihanraya kepada semua kaum mmuslim dan muslimat. Pilihanraya ada sangat penting dan semua perlu terlibat kerana menentukan halatuju negara.

Negara dan Islam tidak boleh dipisahkan sama sekali. Maka dengan itu semua rakyat diminta keluar mengundi.

Pilihlah wakil rakyat yang mengutamakan agama, tinggi dan baik akhlaknya. Pemilihan mereka ini akan menentukan hubungan pemimpin dan ulama yang baik dalam menerajui perjalanan dan halatuju negara.

(Kuliah malam ini adalah kuliah terakhir baginya kerana beliau sudahpun mengajar di Masjid ini selama 7 tahun, ditambah dengan komitmen keluarganya yang semakin bertambah)

Friday, February 8, 2008

Kuliah Maghrib Jumaat 8 Feb 08

Kuliah Tasauf.

Ilmu Tasauf adalah ilmu akhlak, dan wajib dipelajari atas setiap orang Islam.
Asas penting mempelajari ilmu Tasauf mestilah berpaksi Al-Quran dan Hadith. Ustaz tu memaklumkan, jika tidak berpaksi 2 perkara itu, maka terjadilah Ajaran Sesat seperti Zikir Laga Lutut (lelaki & perempuan)...
Ilmu Tasauf (Akhlak) menumpukan soal HATI (membersihkan hati). Dalam pada itu, ianya sangat berkait dengan 7 pancaindera (yang akan menjadi saksi di Hari Akhirat nanti), saksi yang menceritakan tuanpunya tubuh si polan si polan.
7 pancaindera yang perlu dijaga ialah mata, telinga, lidah, tangan, kemaluan, kaki dan kulit.

Masya Allah! Allahu Akbar! Bagaimana pancaindera ini boleh berkata-kata. Itulah teknologi Allah. Teknologi Akhirat. Kalau di dunia, kita boleh rasuah semua saksi-saksi, tapi tidak di Akhirat.

Surah Yassin yang kerap kita baca menceritakan banyak perkara berkaitan hal akhirat tersebut.