Friday, March 28, 2008

Kuliah Maghrib Jumaat 28 Mac 08

Sempena Maulidur Rasul - Sunah Nabi ketika makan kerana banyak rahsia tersirat yang hanya Allah & Nabi tahu. Berikut adalah ringkasan dari Hadis-hadis sahih Nabi s.a.w.

Sentiasa baca/sebut nama Allah sebelum makan. Jika tidak syaitan akan bersukaria makan bersama kita
Makan dengan tangan kanan.
Makan dahulu makanan yang hampir dengan kita.
Penuhi jemputan orang dan raikan terutama majlis kahwin. Kalau ada orang lain bersama kita tetapi tidak dijemput tuan rumah,maka kita perlu maklum dan minta kebenaran tuan rumah dahulu.
Kalau makan terasa tidak kenyang, itu adalah disebabkan oleh memakan secara berasingan & tidak menyebut nama Allah.
Barakah makanan ada/turun pada tengah makanan, oleh itu, makan di tepi-tepi dahulu.
Makan di tempat (aras lantai).
Makan jangan berbaki/sisa, maka habiskanlah kerana kita tidak tau barakah makanan ada di mana, mungkin pada biji nasi terakhir.
Minum air secara umum elok duduk (kecuali minum air zam-zam)

Wednesday, March 26, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 26 Mac 08 - Hadith 40

Semasa Nabi berhijrah, penduduk Madinah menyanyikan Marhaban & Selawat untuk Nabi yang antara lain ada maksud - Engkaulah bulan, engkaulah bintang - Penduduk Madinah menjadikan Nabi sebagai IDOLA, contoh tauladan tersohor. Sehala apa yang dibuat oleh Nabi diikuti.

Orang Islam kini perlu kembalimengikuti semula sifat/perbuatan Nabi dan jadikan Nabi sebagai IDOLA, bukan menjadikan penyanyi/artis sebagai ikutan/idola.

Hijrah hanya untuk Allah, bukan kerana perkara/niat lain. jangan ikuti niat seorang yang berhijrah bersama Nabi ke Madinah, tetapi niatnya sebenarnya untuk mengahwini wanita Madinah bernama Ummu Qais.

Hijarah bermaksud tinggal.
-Tinggalkan Mekah ke Madinah untuk kepentingan Islam.
-(Pengertian umum untuk sepanjang zaman) - Tinggalkan segala apa yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang disukai/disuruh Allah (dalam bentuk perbuatan, hati atau kata-kata).

Hati - ikhlaskan ibadah, jangan rasa cukup, jangan syok sendiri (riak)
Perbuatan - jauhkan diri dari melakukan perkara mungkar.
Kata - bercakap perkara yang baik/elok.

Perbuatan
(Kerapkan cek/dengar Fatihah isteri/anak)- ada yang masih tidak betul bacaannya seperti ayat Ihdinossirotalmustaqim (betul) tetapi dibaca Ehdinassirotalmustaqi (salah).
Nabi sendiri beristigfar sebanyak 70-100 kali setiap hari. (kita?)
Tugas kita ialah menyampaikan dan berpesan-pesan (perbuatan yang baik), hanya Allah yang memberi HIDAYAH. Lihat contoh cerita Nabi Nuh dan anak/isteri dan Nabi Muhammad dengan Abu Talib (yang tetap berada dalam kekufuran walaupun telah diseru untuk beriman kepada Allah).

(Contoh perbuatan yang baik) Sabda Nabi - mengerjakan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh adalah lebih baik dari dunia dan isinya.

Mari amalkan.

Tuesday, March 25, 2008

ILMU yang elok diKONGSI (untuk muhasabah diri)

Mari bermuhasabah

Dari Adi bin Hatim, Nabi s.a.w bersabda,

"lakukan kebaikan untuk jauhkan diri dari api neraka walaupun dengan memberi sedekah dengan dipotong kurma. Namun sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tuturkata yang baik."

-Bukhari/Muslim.

Wednesday, March 19, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 19 Mac 08 - Hadith 40

...sambungan ...Masih lagi pada Hadis Pertama - NIAT

Niat pada adat/perbuatan (bukan sahaja pada ibadah) yang baik akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Contoh, niat ketika makan kerana Allah, untuk kesihatan, untuk jaga keluarga, menjalankan kewajipan agama. Ini mendapatkan ganjaran pahala.

Bagaimanapun, niat yang baik tetapi kaedah/jalan perlaksanaan yang buruk/jahat/keji, maka balasannya adalah haram/dosa. Contoh,niat yang baik untuk membina masjid, tetapi duitnya datang dari benda/jalan haram, maka sia-sialah usaha itu.

Semua niat yang baik hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Cara yang mudah untuk melakukan sesuatu PERBUATAN secara ikhlas ialah dengan BERSOLAT TAHAJJUD.

Semasa Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah, semua sahabat Kaum Muhajirin berhijrah dengan niat ikhlas kerana Allah, tinggalkan segala-galanya di bumi Mekah. Bagaimanapun diriwayatkan oleh ada juga sahabat yang tidak berniat kerana Allah walaupun sama-sama dalam rombongan berhijrah itu. Bahkan ada yang berniat untuk mengahwini wanita Madinah.

Lain-lain contoh yang berniat tidak betul seperti pergi mengerjakan haji kerana ingin berniaga atau kerana ingin menggunakan title TUAN HAJI. Atau, belajar hingga ke Universiti tetapi kerana ingin mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Semua niat kita sepatutnya hanya kerana Allah.

Friday, March 14, 2008

Kuliah Maghrib Jumaat 14 Mac 08

Doa

Allah berfirman yang maksudnya lebih kurang - Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku makbulkan.

Allah makbulkan dalam tiga cara - (1) Doa dimakbul di dunia (2) dibalas di akhirat & (3) Allah ampunkan dosa.

Syarat doa
(1) Tepati syariat Islam (doa perkara yang baik)
(2) Jangan letak syarat bukan-bukan (khurafat)
(3) ikut cara Nabi. Hadis Nabi s.a.w (lebih kurang)- Barang siapa yang mendatangi orang yang konongnya mengetahui sesuatu rahsia (menilik) dan orang itu percaya kepadanya, maka sembahyang orang itu (yang mempercayai) tidak diterima Allah selama 40 tahun (Hadis Sahih Muslim)

Untuk kita berjumpa dengan orang yang baik/alim untuk berubat, pastikan bacaan tok guru / tok bomoh jelas bacaan Al-Quran. (Yang terbaik ialah adalah seperti Darul Syifa & Darul Salam).

Dalam hal mandi bunga pula, ianya adalah khurafat kalau niatnya untuk mencari jodoh. Ianya harus jika atas nasihat doktor/pakar yang mengatakan untuk kesegaran badan dan lebih cergas atau sebagainya.

Dalam hal masuk hutan, adalah syirik jika kita berdoa - minta tumpang datuk nenek (atau sebagainya). Ini adalah haram. Hendaklah kita berdia terus kepada Allah, maka yang itu lebih baik/elok.

Wednesday, March 5, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 5 Mac 08 - Hadith 40

Kuliah Hadith 40

Niat itu ialah qasad. Ada tujuan / kehendak dalam hati. Mengerja / Melakukan sesuatu dengan. Tempatnya dalam hati. Niat membezakan jenis amal ibadah dan juga membezakan kebiasaan / adat dengan ibadah.

Contoh - duduk berehat dalam masjid (adat) dan beriktikaf (ibadah) dalam masjid. Mandi pagi/petang (adat) dan mandi sunat (ibadah).

Berniatlah kerana Allah dalam melakukan apa juga perkara yang baik seperti keluar rumah mencari nafkah, ke masjid, ke pasar, berjogging, tidur, mengajar anak dan segala perbuatan yang baik. Semua perbuatan yang baik dan disertai dengan niat kerana Allah akan mendapat balasan pahala.

Monday, March 3, 2008

Kuliah Maghrib Isnin 3 Mac 08

Kuliah Tajwid - Oleh Imam Masjid

Membaca Al-Fatihah yang tidak betul boleh menyebabkan batal solat.

Al-Fatihah ada 7 ayat, bermula dari Bismillah.. hingga ke ...waloddolin. Walaupun begitu, mengikut mazhab lain, Bismillah itu hanyalah permulaan ayat dan sunat dibaca, maka Al-Fatihah itu bermula daripada Alhamdulillah.. dan berakhir juga pada ..waloddolin, cuma pada ayat yang terkahir itu dibahagi 2 bahagian iaitu Sirotollazi.....alaihim & Ghoirilmaghdu....waloddolin.

Ketika solat, jika selepas takbiratul-Ihram, kita terbaca (lupa atau sengaja) A'uzubillah.... ataupun Bismillah...., maka terbatal (makruh) kita membaca doa Iftitah. Sebaliknya, hendaklah kita terus membaca Al-Fatihah.

Ketika solat berjemaah, makmum hendaklah membaca Al-Fatihah secara perlahan, jangan hingga mengganggu makmum sebelah kita. Bacaan bagi makmum yang bukan masbuk (masuk lewat - ketika Imam telah rukuk), maka hendaklah makmum itu menyelesaikan bacaan Al-Fatihahnya, jika tidak batal solatnya.
Peluang untuk makmum menghabiskan Al-Fatihahnya (bagi yang bukan masbuk) sentiasa ada sehingga Imam sujud (3 rukun solat, dalam berjemaah).

Bagi Imam yang terlupa membaca surah - iaitu terus sahaja rukuk setelah selesainya Al-Fatihah - maka makmum (yang bukan masbuk) kena segera baca Al-Fatihah, dan ikut Imam supaya tidak lebih dari 3 rukun.

Dalam kes Imam terlebih/terkurang rakaat, jika makmum pasti/yakin akan rakaatnya sendiri, maka hendaklah makmum mufarrakah (keluar tidak mengikut Imam). JIka dia ikutjuga Imam, maka batal solatnya. Tetapi bagi makmum yang waswas/tidak pasti, maka lebih elok makmum terus mengikut Imam.

Surah Al-Fatihah yang kita baca adalah mengikut resam Uthmani. Walaupun begitu, ada juga bacaan Al-Fatihah yang mengikut cara Maghribi, yang jelas berbeza bacaannya daripada yang selalu kita dengar/baca.