Friday, December 19, 2008

Kuliah Maghrib ss19 - Tawaduk

Sifat Tawaduk - Hormat/Rendah diri/Berhemah terhadap orang lain.
Kalau khusyuk lebih dalam solat.

Tawaduk - jangan angkat diri.

Kes-kes tawaduk yang turut jadi hukum feqah

-Nabi/sahabat nampak orang Badwi kencing dalam masjid. Sahabat ingin marah tapi Nabi halang dan minta sahabat cuma jirus air pada najis itu.
-Nabi lalu pada sekumpulan kanak-kanak & berhenti sambil beri salam.
-Hasan/Husin naik ke tengkuk ketika sujud, Nabi biar.
-Elok makan sebelum solat atau utamakan sebentar hal yang boleh ganggu kyusuk solat.
-Satu hari Nabi ada hal dalam kabilah. Masuk waktu solat, Saidina Abu Bakar diminta oleh sahabat untuk jadi Imam. Tiba-tiba Nabi datang, sahabat beri isyarat dengan bertepuk sehingga ramai/kuat baru SAB perasan dan toleh ke belakang. SAB ingin berundur ke saf supaya tempat Imam diambil Nabi. Nabi halang. Tapi SAB tetap berundur.
Selesai solat Nabi tanya SAB kenapa SAB tetap berundur walaupun diarahkan teruskan. SAB kata, tidak layak untuk dia menjadi Imam kepada seorang Nabi. Nabi diam. Kepada yang lain Nabi pesan, tepu untuk orang perempuan, bagi lelaki sebut Subhanallah. (HUKUM)
-Nabi sedang berkhutbah, tiba-tiba ada seorang datang bertanya hal agama. Nabi berhenti sebentar dan menjawab/terang/beri jawapan. Kemudian selesai, dan Nabi sambung balik berkhutbah. (HUKUM).
---
---
Terengganu (negeri kedua termiskin di Malaysia) ada 8,000 miskin tegar (tiada rumah) tapi ada kompleks masjid RM200 juta. Adalah lebih utama disediakan/dibantu orang miskin berbanding kemewahan/pembaziran masjid.
Kes Saidina Umar - sehingga nak buat bekas lilin di masjid pun, beliau akan lihat/utamakan orang miskin di sekililing masjid.
---
Beri salam adalah satu kaedah untuk hapuskan sifat sombong/takabur orang. Sentiasa cepat beri salam.
(Ustaz cadang - hadiah kenduri kawin carikan buku je, satu dakwah berterusan - kerja dakwah mesti diteruskan - cth. driver teksi buka ceramah agama dsb)
-

No comments: