Tuesday, November 18, 2008

Peristiwa Penting Bulan Zulkaedah - Ust Kamal Ashari

Ust. Kamal Ashari bagi kuliahMaghrib tadi.

Perjanjian Hudaibiyah -- berlaku pada 6/7/8 Hijrah -- titik tolak pembukaan Kota Mekah. Semua kita boleh kalahkan musuh -- komunis, Jepun, Inggeris tapi belum tentu kita boleh kalahkan nafsu.
Dalam dunia ada 2, mengikut Allah atau mengikut nafsu (termasuk orang yang tidak bertuhankan Allah).
Dalam sirah Nabi -- diceritakan patung berhala yang disembah boleh bercakap benar sekalipun (pertolongan Jin Islam) berkenaan Nabi tetapi Abu Jahal/pengikutnya tetap tidak percaya kerana nafsu.
Pengajaran Hudaibiyah -- hari balas maki hamun dengan maki hamun -- Saidina Abu Bakar ada menjerkah orang yang merendah-rendahkan Nabi (dan Nabi tidak marah kepadanya).
Nabi tiada Najis -- kecuali dipanggil SISA (bakaya)
Perjanjian hendaklah bertulis -- seperti juga hutang. Tukang tulis PH ialah Saidina Ali. Mula-mula ditulis Bismillah ttapi dibantah oleh kaum Musyrikin, Nabi turuti (kerana yang penting bukan permulaannya tetapi contentnya -- seperti juga surah-surah yang Allah bersumpah i.e wal a diati dabha..). Walaupun contentnya macam berat sebelah (pada pandangan para sahabat) Nabi tetap turuti. Ikut perjanjian siapa yang asal Mekah, mesti terus menetap di Mekah (sebenarnya ianya mampu mengembangkan Islam di Mekah)
Nabi bersama 1,400 orang tidak boleh masuk Mekah pada tahun itu. Niat/Ihram semua telah dipasang, maka mereka kena bayar dam. Nabi suruh semua sembelih kambing (sebanyak 3 kali) tapi para sahabat tidak buat. Nabi kecewa dan masuk ke khemah. Datang isterinya (Ummu Salamah -- sebelum berkahwin dengan Nabi ianya telah dipinang oleh Abu Bakar/Umar/Uthman hingga pinangan Nabi pun di KIV). Ummu salamah cadangkan Nabi sembelih dahulu kambing. Pengajaran -- tunjuk teladan dahulu.
Seperti juga orang melaungkan AZAN, mesti berada di tempat solat yang akan didirikan. Tidak boleh solat dari lori dan berpusing dari taman ke taman. TELADAN.
Tahun berikutnya barulah umat Islam dapat masuk MEKAH dengan 10,000 orang. Turunlah surah An-Nasr -- Iza ja a nasrullah hi wal fajr.