Saturday, December 27, 2008

Ceramah Maal Hijrah Maghrib - Ustaz Idris Ahmad

Kiamat sudah semakin dekat kerana masa sekarang sudah semakin cepat. Hadi Nabi kata, setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu dan seterusnya.

Islam ada 3 komponen iaitu ISLAM, IMAN & IKHSAN (AKHLAK).

Iman ialah
-ikrar pada lidah
-membenarkan di hati
-beramal dengan anggota dan rukun

Zaman Nabi pun ramai yang munafik.
Bapa Munafik ialah orang yang selalu solat di belakang Nabi terdiri daripada para sahabat iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul -- malas berjamaah Isyak dan Subuh.

Sahabat Nabi - Khuzaifah bin Yaman - digelar tuan yang memliki rahsia-rahsia Nabi - memgang senarai nama kaum Munafik pada zaman Nabi yang dimaklumkan kepadanya oleh Nabi. Hinggakan Saidina Umar pun pernah bertanya Khuzaifah, apakah namanya ada dalam list itu kerana terlalu khuatir munafiknya.

Iman bukan syiar/lambang sahaja. Orang tak boleh nak berlakon jadi baik terlalu lama.

3 perkara yang Nabi buat dahulu bila tiba Madinah.
1. Masjid (bukan padang golf)
2. Mempersaudarakan Ansar/Muhajirin
3. Tegakkkan Daulah Islam.

Sebaik-baik tempat - masjid
Seburuk-buruk tempat - pasar

Ada yang tahu/berilmu tetapi tidak beriman seperti musyrikin Mekah - Abu Lahab, profesor/orientalis di sesetengah U di UK (yang mengajar/hafal/cekap Ilmu Hadis/Quran/Islam) tapi kerjanya mencari salah & memasang strategi merosakkan Islam.

Hati-hati kalau buat PhD di sana dalam bidang agama. Kalau tak kuat, alamat habis.

Untuk ketahui perangai/sifat seseorang rakan - musafir dengannya - Kata Saidina Umar.

Iman yang sebenar ialah iman yang tidak ada keraguan.

Hudud adalah dari Allah - yakin, jangan dipertikai walau satu huruf pun dari Al-Quran

Terdapat 257,411 anak luar nikah semasa ini di Malaysia - kata Hamdi Albar.

No comments: