Wednesday, March 19, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 19 Mac 08 - Hadith 40

...sambungan ...Masih lagi pada Hadis Pertama - NIAT

Niat pada adat/perbuatan (bukan sahaja pada ibadah) yang baik akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Contoh, niat ketika makan kerana Allah, untuk kesihatan, untuk jaga keluarga, menjalankan kewajipan agama. Ini mendapatkan ganjaran pahala.

Bagaimanapun, niat yang baik tetapi kaedah/jalan perlaksanaan yang buruk/jahat/keji, maka balasannya adalah haram/dosa. Contoh,niat yang baik untuk membina masjid, tetapi duitnya datang dari benda/jalan haram, maka sia-sialah usaha itu.

Semua niat yang baik hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Cara yang mudah untuk melakukan sesuatu PERBUATAN secara ikhlas ialah dengan BERSOLAT TAHAJJUD.

Semasa Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah, semua sahabat Kaum Muhajirin berhijrah dengan niat ikhlas kerana Allah, tinggalkan segala-galanya di bumi Mekah. Bagaimanapun diriwayatkan oleh ada juga sahabat yang tidak berniat kerana Allah walaupun sama-sama dalam rombongan berhijrah itu. Bahkan ada yang berniat untuk mengahwini wanita Madinah.

Lain-lain contoh yang berniat tidak betul seperti pergi mengerjakan haji kerana ingin berniaga atau kerana ingin menggunakan title TUAN HAJI. Atau, belajar hingga ke Universiti tetapi kerana ingin mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Semua niat kita sepatutnya hanya kerana Allah.

No comments: