Monday, March 3, 2008

Kuliah Maghrib Isnin 3 Mac 08

Kuliah Tajwid - Oleh Imam Masjid

Membaca Al-Fatihah yang tidak betul boleh menyebabkan batal solat.

Al-Fatihah ada 7 ayat, bermula dari Bismillah.. hingga ke ...waloddolin. Walaupun begitu, mengikut mazhab lain, Bismillah itu hanyalah permulaan ayat dan sunat dibaca, maka Al-Fatihah itu bermula daripada Alhamdulillah.. dan berakhir juga pada ..waloddolin, cuma pada ayat yang terkahir itu dibahagi 2 bahagian iaitu Sirotollazi.....alaihim & Ghoirilmaghdu....waloddolin.

Ketika solat, jika selepas takbiratul-Ihram, kita terbaca (lupa atau sengaja) A'uzubillah.... ataupun Bismillah...., maka terbatal (makruh) kita membaca doa Iftitah. Sebaliknya, hendaklah kita terus membaca Al-Fatihah.

Ketika solat berjemaah, makmum hendaklah membaca Al-Fatihah secara perlahan, jangan hingga mengganggu makmum sebelah kita. Bacaan bagi makmum yang bukan masbuk (masuk lewat - ketika Imam telah rukuk), maka hendaklah makmum itu menyelesaikan bacaan Al-Fatihahnya, jika tidak batal solatnya.
Peluang untuk makmum menghabiskan Al-Fatihahnya (bagi yang bukan masbuk) sentiasa ada sehingga Imam sujud (3 rukun solat, dalam berjemaah).

Bagi Imam yang terlupa membaca surah - iaitu terus sahaja rukuk setelah selesainya Al-Fatihah - maka makmum (yang bukan masbuk) kena segera baca Al-Fatihah, dan ikut Imam supaya tidak lebih dari 3 rukun.

Dalam kes Imam terlebih/terkurang rakaat, jika makmum pasti/yakin akan rakaatnya sendiri, maka hendaklah makmum mufarrakah (keluar tidak mengikut Imam). JIka dia ikutjuga Imam, maka batal solatnya. Tetapi bagi makmum yang waswas/tidak pasti, maka lebih elok makmum terus mengikut Imam.

Surah Al-Fatihah yang kita baca adalah mengikut resam Uthmani. Walaupun begitu, ada juga bacaan Al-Fatihah yang mengikut cara Maghribi, yang jelas berbeza bacaannya daripada yang selalu kita dengar/baca.

No comments: