Thursday, August 21, 2008

Kuliah Ust Kamal Ashari - Ramadhan

Sentiasalah hadir majlis ilmu kerana malaikat akan berdoa untuk kita semua. Banyakkan berdoa ketika imam menaiki mimbar, kerana ada hadis Jibrail datang kepada Nabi dengan berdoa dan Nabi mengaminkannya.
Hadis Nabi/Firman Allah - diharamkan api neraka kepada mereka yang gembira menyambut Ramadhan. Gembira yang bagaimana?
1. Ada azam untuk jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup ini.
Konsep Ramadhan ialah bukan (hanya) bulan berpuasa tetapi bulan beribadah.
2. Bawa amalan yang baik di bulan Ramadhan dan gandakan. Majlis ilmu teruskan walaupun sedikit. Buat Tarawikh dengah tenang.
Masa berbuka, amalkan dengan buah kurma (hadis nabi - kurma basah, kurma kering (tamar) ataupun air kosong). jangan digantik dengan benda-benda manis, kalau tak baik hadis nabi itu bercerita terus mabil madu.
Bersahur. Kerana bersahur itu ada barakah - dan Allah/Para Malaikat bersalawat kepada mereka yang bersahur. (Bersalawat ialah dari atas ke bawah, sedangkan berdoa ialah dari bawah ke atas)
Allah/Malaikat bersalawat kepada dua - Nabi dan orang yang bersahur.

No comments: