Wednesday, August 20, 2008

Kuliah Hadis - Fir'aun

Fir'aun ini asalnya adalah dari keluarga miskin.

Lahir di Palestin, ibubapanya orang alim beragama samawi. Sebelum lahir, ibubapanya sentiasa bermimpi, jika anak itu lelaki, hendaklah dibunuh sahaja. Setelah lahir, ibunya meletakkan di kanadang kuda dengan harapan anak itu akan dipijak-pijak oleh semua kuda. Malangnya setiap kali diletaknya, tiada seekor kuda pun memijaknya. Akhirnya, ibunya berpendapat, Tuhan sudah merubah takdirnya. Zaman remajanya suka berjudi dan mencuri, sehinggakan jika ada barang/ternakan di kampungnya yang hilang, semua orang akan menuduhnya.

Dia dihalau keluar dari Palestin menuju ke Mesir dan bermastatutin di pinggir Sg. Nil. Mesir aman ketika itu, tiada kejadian mencuri/merompak. Sehingga Fir'aun sendiri yang merancang curi/rompak dan dia sendiri yang memberi idea kepada Raja ketika itu bagaimana membuat isyarat/jaga malam -- secara berdua-dua dengan isyarat/kod malam.
Dia berjaya dan mulai dipercayai Raja. Sehingga satu hari Raja itu sendiri dibunuhnya. Maka semua bermuafakat melantik Fir'aun menjadi Raja yang baru.
Bermulalah kejahatannya dan Fira'aun mengaku Tuhan, sehinggakan diceritakan Syaitan sendiri pun terkejut dengan pengakuan tersebut.

No comments: