Wednesday, April 2, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 2 Apr 08 - Hadith 40

...sambungan Hadis 40.

Amalan yang ikhlas - amalan yang dikerjakan dengan niat kerana Allah dan diberi ganjaran - 3 jenis.
1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Allah suruh, kita buat.
2. Amal dikerjakan kerana inginkan syurga / pahala (ibadat saudagar/businessman)
3. Amal dikerjakan kerana malu kepada Allah dan membuktikan kesyukuran sebagai hamba. Nabi sendiri, walaupun maksum dan telah pasti masuk ke syurga tetapi masih terus beramal ibadat dan pernah bersabda - tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur.

Contoh amalan yang baik dilakukan - solat dhuha - tapi ikhlas hati, jangan buat untuk nak jadi kaya. Solat ini dituntut, tak kira untuk orang miskin atau orang kaya. Fahami maksud doa selepas solat dhuha - Ya Allah, jika rezeki di langit, maka turunkahlah. Jika rezekiku di bumi, keluarkanlah. Jika rezekiku jauh, maka dekatkanlah, jika rezekiku susah, maka permudahkanlah dan jika rezekiku haram maka bersihkanlah.

Lihat kepada makanan yang kita makan - sumbernya, dari mana datangnya.

Buat amal kerana/untuk orang bukan kerana Allah adalah itu riak. Riak itu syirik. Rosak amalan kerana timbul rasa kagum/perasaan hairan dalam melakukan ibadat kononya dia sahaja yang bagus - menjadi sombong/bangga diri.

Muaz manangis mengingatkan sabda Nabi - sedikit sahaja riak, adalah syirik.

Riak ada 2 macam - melakukan amal ibadat kerana
1. manusia.
2. manusia & Allah (bercampur-campur.

Semoga Allah jauhkan diri kita semua dari riak dan syirik.

No comments: