Friday, February 22, 2008

Jumaat 22 Feb Kuliah Maghrib - Tasauf - Penawar Bagi Hati

Kuliah Tasauf

Ini adalah kuliah sambungan berkenaan 7 pacaindera yang akan ditanya Allah di Akhirat kelak.

Kuliah malam ini fokus kepada Pacaindera Mata. Allah memberi mata untuk perkara Akhirat dan perkara Dunia.

Perkara Akhirat ialah untuk melihat segala apa kejadian Allah ini untuk melihat Allah (melihat kebesaran Allah). Contohnya, melihat langit, bintang, bulan, matahari, permandangan dan sebagainya. Semuanya untuk dilihat oleh mata dan hendaklah kita sentiasa melihat di dalamnya kebesaran Allah.

Perkara Dunia ialah gunakan mata untuk pekerjaan, untuk kebaikan, menjaganya daripada maksiat.

Ada beberapa perkara yang jika kita melihat sahaja, sudah mendapat pahala.
a. Melihat Kaabah (atau gambarnya)
b. Melihat Masjid
c. Melihat Al-Quran (apalagi jika membacanya. Oleh itu letak Al-Quran di meja/bilik dan di tempat strategik)
d. Melihat Ulama (Ulama yang benar, tinggikan kebaikan dan cegah mungkar).

Jaga Mata, kerana dari mata turun ke hati dan seterusnya rosaklah semua pacaindera lain kerana sifatnya yang saling berkait.

Satu lagi pesan Ustaz, haram bersalam/bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim (halal kahwin) kerana haram hukumnya - dari Hadith Nabi Muhammad s.a.w riwayat At-Tabrani yang maksudnya (yang penulis ingat lebih kurang) siapa yang dengan bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, maka lebih baik dia diketuk jarum (besi) di kepalanya.

Wallahualam.

No comments: