Saturday, December 27, 2008

Ceramah Maal Hijrah Maghrib - Ustaz Idris Ahmad

Kiamat sudah semakin dekat kerana masa sekarang sudah semakin cepat. Hadi Nabi kata, setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu dan seterusnya.

Islam ada 3 komponen iaitu ISLAM, IMAN & IKHSAN (AKHLAK).

Iman ialah
-ikrar pada lidah
-membenarkan di hati
-beramal dengan anggota dan rukun

Zaman Nabi pun ramai yang munafik.
Bapa Munafik ialah orang yang selalu solat di belakang Nabi terdiri daripada para sahabat iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul -- malas berjamaah Isyak dan Subuh.

Sahabat Nabi - Khuzaifah bin Yaman - digelar tuan yang memliki rahsia-rahsia Nabi - memgang senarai nama kaum Munafik pada zaman Nabi yang dimaklumkan kepadanya oleh Nabi. Hinggakan Saidina Umar pun pernah bertanya Khuzaifah, apakah namanya ada dalam list itu kerana terlalu khuatir munafiknya.

Iman bukan syiar/lambang sahaja. Orang tak boleh nak berlakon jadi baik terlalu lama.

3 perkara yang Nabi buat dahulu bila tiba Madinah.
1. Masjid (bukan padang golf)
2. Mempersaudarakan Ansar/Muhajirin
3. Tegakkkan Daulah Islam.

Sebaik-baik tempat - masjid
Seburuk-buruk tempat - pasar

Ada yang tahu/berilmu tetapi tidak beriman seperti musyrikin Mekah - Abu Lahab, profesor/orientalis di sesetengah U di UK (yang mengajar/hafal/cekap Ilmu Hadis/Quran/Islam) tapi kerjanya mencari salah & memasang strategi merosakkan Islam.

Hati-hati kalau buat PhD di sana dalam bidang agama. Kalau tak kuat, alamat habis.

Untuk ketahui perangai/sifat seseorang rakan - musafir dengannya - Kata Saidina Umar.

Iman yang sebenar ialah iman yang tidak ada keraguan.

Hudud adalah dari Allah - yakin, jangan dipertikai walau satu huruf pun dari Al-Quran

Terdapat 257,411 anak luar nikah semasa ini di Malaysia - kata Hamdi Albar.

Wednesday, December 24, 2008

Kulaih Maghrib - Mohd Zaini Drahman

Rosak manusia kerana ujian Allah pada 1. Kaya 2. Cerdik/Intelek 3. Akal.

Nabi pernah berdakwah ke Taif sebar agam. Taif adalah tempat kaum keluarga Nabi sebelah ibunya, Aminah. Tapi Nabi tetap dibaling batu. Tapi Nabi tetap bersabar.

KIta semua hamba Allah. Jangan syirik samada jelas mahupun tersembunyi.

Amalan Nabi setiap hari ketika hidupnya (ditanya Saidina Umar kepada Aisyah). Aisyah berkata, Nabi akan ke pasar dan ada seorang Yahudi BUTA yang akan disuap Nabi makanan. Yahudi itu sentiasa maki hamun Nabi tetapi Nabi tetap datang, hingga wafatnya.

Umar lalu terus ke pasar dan jumpa Yahudi buta itu dan menyuapkannya, tapi Yahudi itu perasan, bukan orang biasa yang datang. Lalu Siadina Umar berterus terang, maka Yahudi itu berasa sangat terharu lalu memeluk Islam mengenang kebaikan Nabi.

Monday, December 22, 2008

Kuliah AlQuran/Tajwid

Sabda Nabi - selalu baca AZZAHRAIN (surah Al-Baqarah/Ali Imran) -- Allah akan sediakan awan sebagai pelindung di Padang Mahsyar kelak.

Ayat-ayat yang ada U'iddat (lil kafirin @ muttaqin) menunjukkan perkataan fi'il mardhee -- yang telah dibuat - bermaksud, syurga/neraka ini telah ada disediakan.

Friday, December 19, 2008

Kuliah Maghrib ss19 - Tawaduk

Sifat Tawaduk - Hormat/Rendah diri/Berhemah terhadap orang lain.
Kalau khusyuk lebih dalam solat.

Tawaduk - jangan angkat diri.

Kes-kes tawaduk yang turut jadi hukum feqah

-Nabi/sahabat nampak orang Badwi kencing dalam masjid. Sahabat ingin marah tapi Nabi halang dan minta sahabat cuma jirus air pada najis itu.
-Nabi lalu pada sekumpulan kanak-kanak & berhenti sambil beri salam.
-Hasan/Husin naik ke tengkuk ketika sujud, Nabi biar.
-Elok makan sebelum solat atau utamakan sebentar hal yang boleh ganggu kyusuk solat.
-Satu hari Nabi ada hal dalam kabilah. Masuk waktu solat, Saidina Abu Bakar diminta oleh sahabat untuk jadi Imam. Tiba-tiba Nabi datang, sahabat beri isyarat dengan bertepuk sehingga ramai/kuat baru SAB perasan dan toleh ke belakang. SAB ingin berundur ke saf supaya tempat Imam diambil Nabi. Nabi halang. Tapi SAB tetap berundur.
Selesai solat Nabi tanya SAB kenapa SAB tetap berundur walaupun diarahkan teruskan. SAB kata, tidak layak untuk dia menjadi Imam kepada seorang Nabi. Nabi diam. Kepada yang lain Nabi pesan, tepu untuk orang perempuan, bagi lelaki sebut Subhanallah. (HUKUM)
-Nabi sedang berkhutbah, tiba-tiba ada seorang datang bertanya hal agama. Nabi berhenti sebentar dan menjawab/terang/beri jawapan. Kemudian selesai, dan Nabi sambung balik berkhutbah. (HUKUM).
---
---
Terengganu (negeri kedua termiskin di Malaysia) ada 8,000 miskin tegar (tiada rumah) tapi ada kompleks masjid RM200 juta. Adalah lebih utama disediakan/dibantu orang miskin berbanding kemewahan/pembaziran masjid.
Kes Saidina Umar - sehingga nak buat bekas lilin di masjid pun, beliau akan lihat/utamakan orang miskin di sekililing masjid.
---
Beri salam adalah satu kaedah untuk hapuskan sifat sombong/takabur orang. Sentiasa cepat beri salam.
(Ustaz cadang - hadiah kenduri kawin carikan buku je, satu dakwah berterusan - kerja dakwah mesti diteruskan - cth. driver teksi buka ceramah agama dsb)
-

Tuesday, December 16, 2008

Ustaz Kamal Ashari - Rahmat Allah

Rahmat Allah adalah kasih sayang Allah.
Al-Quran adalah tanda Allah sayang kepada umat manusia.

Sebelum tidur baca surah Al-Mulk.

Rahmat Allah bukan semestinya dalam bentuk yang kita suka. seperti hujan, sakit. Allah tengok kita adakah kita makin dekat dengan Allah.

Sentiasa bersyukur.

Syariat (peraturan hidup yang ditentukan Allah) juga adalah rahmat Allah.

__
ust tanya kalau kita hidup sanggupkah kita tadah air liur/ludah Nabi & pergi berperang. Ramai yang kata sanggup. Ustaz kata jangan harap kalau sekarang ini pun, sunnah Nabi suruh jilat jari sendiri selepas makan pun, kita tak buat. Suruh datang pergi kuliah pun tak datang, apalagi nak pergi berperang.

--
Allah ampunkan dosa terdahulu & akan datang kepada tiga golongan ini.
1. Mereka yang terlibat dalam peperangan Badar (313 lawan 1,000 musyrikin)
2. Mereka yang terlibat dalam pembukaan kota Mekah (10,000 orang)
3. Mereka yang berhijrah bersama Nabi. Antara yang terlibat ialah Sohib (orang Rom yang miskin dan menjadi kaya di Mekah, tinggalkan segala hartabenda di Mekah, ikut Nabi berhijrah ke Madinah)
---

Suami yang pegang tangan isterinya, gugur dosa si suami.

Ustaz Zamihan - Penawar Bagi Hati

Dalam Mahkamah Syariah - Akta paling tinggi ialah akta 356 (penjara 3 tahun, denda RM5K & 6 sebatan)

Semua makhluk bertasbih kepada Allah.

Akad jualbeli sunat.

Mati syahid kecil - mati beranak, terbakar, dibunuh, kemalangan/terhempap.

Lidah - jangan menipu kecuali pada yang sunat dan wajib.

Al-Baihaqi - dan AtTabrani adalah periwayat hadis bermazhab Shafie. AtTabrani halaf Quran pada umur 10 tahun dan 5,000 hadis & dia buta.

Dosa mengumpat lebih besar dari berzina, dan dosa fitnah lebih besar dari membunuh.

Wednesday, December 10, 2008

Kuliah Maghrib - Solat Gerhana

Ajaran Qadiani sesat (kg Nakhoda Bt Caves). Tak sah bernikah dengan pengikut ajaran itu.

Kenapa sesat >>> http://www.sabah.edu.my/cwm010/ajaransesat.htm


Kafiat (cara) solat gerhana
1. solat sunat seperti biasa
2. solat 2 rakaat dengan 2 qiam dan 2 ruku' setiap rakaat dengan surah-surah pendek.
3. seperti (2) tetapi dengan surah panjang qiam 1 - al baqarah, qiam 2 - ali imran, qiam 3 - an nisa', qiam 4 - al maidah.
Al-Hafiz khatam quran tiap-tiap hari bermula jam 7 hingga 3 pm - 8 jam untuk 30 juz.
Kalau gerhana bulan - baca kuat, kalau gerhana matahari, baca perlahan.
---
Qurban tak sah untuk al marhum. Tak boleh. Orang miskin yang dapat daging banyak, boleh menjualnya, tetapi haram bagi orang kaya menjualnya.
---
Batal solat menggerakkan anggota besar lebih 3 kali. batal juga gerakkan anggota kecil berkali-kali seperti pusing-pusingkan jarai ketika tahiyat kahir.

Friday, December 5, 2008

Qurban - Ust. Zamihan Mohd Zain

Ikut Mazhab Shafie - sunat muakkad, tapi Mazhab 3 yang lain -- wajib.

Binatang - Unta, Lembu, Kambing/Biri. Binatang lain - kerbau/ayam ulama terpencil. Ayam contoh hujahnya kerana ada disebut dalam ranking kehadiran di masjid oleh hadis Nabi dan juga sesuai bagi meraka yang miskin yang ingin terlibat dalam menumpahkan darah qurban.
Mulakan menyembelih binatang yang putih dulu, diikuti yang kuning, kelabu dan bercampur-campur.
Mesti cukup umur binatang itu 2 tahun, walaupun boleh digemukkan pada tahun pertama. Hikmahnya sama seperti bilangan rakaat solat, bilangan berzikir yang hanya Allah yang tahu. Kenapa babi diharamkan makan - adakah kerana makannya kotor (itik nila/kaki pun makan benda kotor) atau adakah kerana daging ada cacing pita yang tidak mati (apa jadi kalau saintis boleh cipta babi yang tiada cacing pita?). maka hikmah haramnya babi -- hanya Allah yang tahu.
Binatang tidak cacat. Kalau cacat lepas beli (tercucuk mata/buta, terjatuh lori patah kaki) masih OK boleh terus. Bahkan kalau mati sekalipun (duit cukup untuk korban sahaja) maka sudah dikira berkorban.
Qurban mesti dilakukan selepas solat Aidil Adha, kalu dibuat sebelum itu, hanya jadi sedekah. Korban malam pada hari Tasyrik pun OK.
Tidak boleh niat dalam 1 bahagian (contoh, aqiqah + korban).
Binatang perlulah ditambat (sunat), diberi makan/minum walaupun hendak disembelih.
Bawa binatang ke tempat sembelih dengan sopan, Saidina Umar pernah memanggil celaka orang yang mengheret binatang dengan kakinya. Binatang dibaringkan mengadap kiblat pada rusuk kirinya (kalau jenazah orang mengadapa kiblat pada rusuk kanan). Tidak boleh sembelih depan kawan-kawan lembu yang lain, makruh. Begitu juga mengasah parang didepan mereka.
Daging qurban haram dijual (boleh diberi pada orang kafir yang miskin dengan doa supaya mereka mendapat hidayah).
Pembahagian daging seeloknya 1/3 (sendiri - ambil barakah qurban) 1/3 kerabat & 1/3 orang miskin.
Boleh ditinkan dan dihantar ke negara Islam yang memerlukan.

Monday, December 1, 2008

Ustaz Nasharuddin Tantawi

Sentiasa ada niat untuk perjuangkan Islam - ini adalah amanah dan tanggungjawab setiap orang Islam. Masjid mestilah memainkan peranan penting untuk itu. Perlu ada kedai/cyber cafe

Semua orang sudah mulai mengakui ekonomi Islam setelah ekonomi kapitalis tidak boleh bertahan. Dalam ekonomi Islam (dan tiada dalam macro/micro ekonomi kapitalis) ialah bab BARAKAH.

Anak luar nikah di Malaysia berjumlah 500,000...!!

Banyaka yang dah tukar istilah untuk mengelirukan umat Islam.
Yang haram tetap haram

GRO -- pelacur
Khinzir -- babi
Rasuah -- politik wang
Judi -- loteri amal/cabutan bertuah amal
Konsert -- majlis amal