Sunday, August 31, 2008

Kuliah Tajwid/Quran

Tanda intan dalam Al-Quran & bacaan khas.

Surah Yusof - tanda intan di atas
1. baca secara ishmam -- la tak man na (dengung dulu + muncung) -- ketika Nabi baca, ianya diintai oleh kaum musyrikin (Nabi nak maklumkan pada sahabta dengan muncungkan mulut).
2. baca secara ra'um -- la tak man na (man dibaca dalam 3/4 harakat je)
Surah Fusilat (ayat 44) -- a'ak jamiyyun (a'ak dibaca meleret, bukannya ak)
Satu lagu pada bacaan pada -- ii tu ni -- semuanya 2 harakat. kalau ikut bacaan biasa kita kan baca -- uk tu ni -- kerana baris pada huruf no. 3 ialah baris depan, maka sepatutnya dibaca uk tu ni, tapi tidak begitu. ianya perlu dibaca -- ii tu ni.
Surah Hud -- maj re ha --
ada 3 cara bacaan
a. imalah
b. takhim
c. nakal - contoh -- Waduhhe (stail orang melayu sebut nak ke mana (mane))
maj re ha perlu disebut secara imalah seperti re dalam do re me.
---
azazil adalah iblis yang tidak mau sujud pada Allah.
turun ke dunia bersama syaitan was was dan malaikat mulhim.

Takbir Raya

Sebut Walillah Ilham (mesti pendek - makna puji). Jika sebut lebih dua harakat (panjang - maknanya - tempat mandi, air panas

Thursday, August 21, 2008

Kuliah Ust Kamal Ashari - Ramadhan

Sentiasalah hadir majlis ilmu kerana malaikat akan berdoa untuk kita semua. Banyakkan berdoa ketika imam menaiki mimbar, kerana ada hadis Jibrail datang kepada Nabi dengan berdoa dan Nabi mengaminkannya.
Hadis Nabi/Firman Allah - diharamkan api neraka kepada mereka yang gembira menyambut Ramadhan. Gembira yang bagaimana?
1. Ada azam untuk jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup ini.
Konsep Ramadhan ialah bukan (hanya) bulan berpuasa tetapi bulan beribadah.
2. Bawa amalan yang baik di bulan Ramadhan dan gandakan. Majlis ilmu teruskan walaupun sedikit. Buat Tarawikh dengah tenang.
Masa berbuka, amalkan dengan buah kurma (hadis nabi - kurma basah, kurma kering (tamar) ataupun air kosong). jangan digantik dengan benda-benda manis, kalau tak baik hadis nabi itu bercerita terus mabil madu.
Bersahur. Kerana bersahur itu ada barakah - dan Allah/Para Malaikat bersalawat kepada mereka yang bersahur. (Bersalawat ialah dari atas ke bawah, sedangkan berdoa ialah dari bawah ke atas)
Allah/Malaikat bersalawat kepada dua - Nabi dan orang yang bersahur.

Wednesday, August 20, 2008

Kuliah Hadis - Fir'aun

Fir'aun ini asalnya adalah dari keluarga miskin.

Lahir di Palestin, ibubapanya orang alim beragama samawi. Sebelum lahir, ibubapanya sentiasa bermimpi, jika anak itu lelaki, hendaklah dibunuh sahaja. Setelah lahir, ibunya meletakkan di kanadang kuda dengan harapan anak itu akan dipijak-pijak oleh semua kuda. Malangnya setiap kali diletaknya, tiada seekor kuda pun memijaknya. Akhirnya, ibunya berpendapat, Tuhan sudah merubah takdirnya. Zaman remajanya suka berjudi dan mencuri, sehinggakan jika ada barang/ternakan di kampungnya yang hilang, semua orang akan menuduhnya.

Dia dihalau keluar dari Palestin menuju ke Mesir dan bermastatutin di pinggir Sg. Nil. Mesir aman ketika itu, tiada kejadian mencuri/merompak. Sehingga Fir'aun sendiri yang merancang curi/rompak dan dia sendiri yang memberi idea kepada Raja ketika itu bagaimana membuat isyarat/jaga malam -- secara berdua-dua dengan isyarat/kod malam.
Dia berjaya dan mulai dipercayai Raja. Sehingga satu hari Raja itu sendiri dibunuhnya. Maka semua bermuafakat melantik Fir'aun menjadi Raja yang baru.
Bermulalah kejahatannya dan Fira'aun mengaku Tuhan, sehinggakan diceritakan Syaitan sendiri pun terkejut dengan pengakuan tersebut.

Kuliah Hadis 40 (Kedua) - Haji

Haji terakhir Nabi disertai oleh 90,000 orang Muslim. Doa yang dimakbulkan adalah di Arafah pada Hari Arafah.


Tiada balasan bagi yang mengerjakan haji mabrur kecuali syurga.


Orang yang cukup segala segi untuk mengerjakan haji, tetapi mati sebelum sempat mengerjakannya - matinya adalah samada dalam Yahudi ataupun Nasrani.

Friday, August 15, 2008

AHLI SUNNAH - UST LOKMAN

manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu. komposisi makhluk di alam ini.

90% malaikat
9% jin
1% manusia

untuk menjadi orang yang bertaqwa
a. jaga makan minum (makruh makan di kedai - Imam Syafei tidak pernah makan di kedai)
b. jauhi maksiat
c. belajar ilmu

Malaikat ada ramai, yang 10 hanyalah ketua/jeneral sahaja. Malaikat jaga telinga, jaga sungai, jaga hujan dan malaikat yang bagi ilham - MULHIM namanya.
Sunat beli kain kapan.
15 Syaaban sunat berpuasa. 14 malam 15, sunat baca Yassin, sebelum itu solat sunat nisfu Syaaban.
Bertaubat dalam lingkungan 6 jam selepas berbuat maksiat, baru di tulis malaikat dosanya.
Bapa manusia - ADAM (tiada) -- turun di Ceylon (teh)
Ibu Manusia - HAWA (ingin) -- turun di Jeddah
Iblis -- Turun di Viirgina (tembakau)
Bapa Jin - ??? (lebih dahulu ada di dunia
Nak merasa kena alih Jin, jemput datang ke Masjid Hijau Pt. Buntar, tidur tanpa air sembahyang. gerenti kena pindah ke kolam.

Kuliah TAJWID

Lepas Surah Al-Alaq, kita sunat sujud tilawah (sujud sejadah). tapi kalau tengah belajar, cukup sekadar baca subhanallah, walhamdulilah ....4x (sama seperti ketika kita duduk beriktikaf - tanpa perlu solat sunat tahiyatul masjid kerana ada kuliah agama)

Malaikat Zabaniyah adalah malaikat yang menjaga Neraka.

pPENAWAR BAGI HATI

Mulut adalah subsidi Allah, maka elok baca Al-Quran --- 1 huruf = 10 pahala. GUna mulut untuk Allah.
Alim ulama yang ada ilmu tetapi tidak beramal --- dia akan diazab lebih dahulu dari penyembah berhala (firman Allah).
Nabi sebelum umur 40 -- ambil dunia tapi tak lupa akhirat.
Selepas 40 -- ambil akhirat tetapi tak lupa dunia.

Raya / Puasa

1- 9 Zulhijjah --- sunat berpuasa (dituntut - afdhal)
10-13 --- sunat berkorban

Doa yang dimakbulkan oleh Allah
a. Pemerintah yang adil
b. orang yang berpuasa
c. orang yang dizalimi (w/pun dia kafir)

Puasa difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah (msyhur). Nabi puasa 29 hari sahaja kecuali sekali je 30 hari.

Lailatul-Qadr --- hebatnya umpama 1000 bulan = 83 tahun 8 bulan.

Tiada witir yang disuruh berjemaah kecuali pada bulan Ramadhan.

PUASA

(belacan RM1/ketul, rakyat Malaysia ada 26 juta orang @ 5 juta family) 1 hari boleh dapat RM1 juta.
Rukun puasa
a. Niat
b. Imsak
c. Tahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.
Semua orang Islam wajib berpuasa.
APA ITU TAQWA
a. buat apa yang disuruh Allah
b. tinggal apa yang dilarang Allah

Wednesday, August 6, 2008

Kuliah Al-Quran 4 Ogos 08 (2 Syaaban 1429H)

Ayat Al-Quran ada 6236 ayat (ulama Kuffah)

Berdoa yang makbul

a. Malam Jumaat
b. Malam Raya Qurban
c. Malam Aidilfitri
d. Malam pertama bulan Rejab
e. Malam nisfu Syaaban (15 Syaaban) -- baca Yaasin 3 kali (buku baru)

Sentiasa berdoa dengan Allah, mintalah apa sahaja, perbanyakkan. Allah suka orang yang berdoa.

93% dari kecemerlangan itu ialah atas faktor SIKAP.

Al-Quran turun dari Loh Mahfuz ke langit dunia (Baitul Izzah) dengan sekaligus pada malam lailatul Qadr -- kemudian diturunkan kepada Nabi s.a.w selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

Mengikut ulama Kuffah - jumlah ayat Al-Quran ialah 6,236 ayat.