Tuesday, July 29, 2008

Kuliah Al-Quran

Al-Quran itu
a. kekaguman umat (bahasa indah)
b. petunjuk (hidayah)
c. bayyinah (keterangan)
d. Furqan (beza batil/hak)
e. Pengajaran
f. Syafaat

Ada ayat muhkamat (jelas/direct)
Ada ayat mutasyabihat (perlu tafsiran lanjut)

Wednesday, July 16, 2008

Kuliah Maghrib Oleh YB Dato Dr Hassan Ali di Masjid SS19 Subang Jaya

Satu daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan Arash di akhirat nanti dalam keadaan tiada lagi pertolongan lain ialah orang-orang yang sangat cintakan/makmurkan masjid.

Rebutlah.
--

4 golongan manusia
1. lahir hidup mati - kafir
2. lahir - kafir, hidup/mati - islam
3. lahir/hidup - islam, mati - kafir
4. lahir hidup mati - islam.

Prinsip untuk hidup/mati sebagai seorang islam. Dalam Al-Quran ada disebut
a. jangan sayangi makhluk berlebihan lebih daripada Allah (mutlak)
b. sayangi Nabi labih daripada makhluk yang lain
c. sanggup berjihad/berjuang ke jalan Allah.

Saiadina Ali (12 tahun) ketika ditanya Nabi tanda kasih/cinta kepada Nabi/Allah, beliau menjawab -- nyawanya.

Tukang azan ke-2 Nabi mati di medan perang ketika berumur 80 tahun.

Friday, July 11, 2008

Ustaz Lokman - Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hadis Nabi
Barangsiapa yang menghafal Nama Allah yang 99 itu, akan dimasukkan ke syurga.

Hadiahkan Al-Fatihah kepada semua Malaikat-malaikat khususnya Malaikat Mikail - malaikat yang jaga rezeki/sejahtera/sihat

Kitab Penawar Bagi Hati - Kuliah Maghrib 11 Julai 08

Haram hukumnya (dosa besar) orang yang ceraikan bini/isteri ketika isteri sedang hamil, walaupun talak jatuh/sah.

(ustaz relate cerita anak tan sri yang cerikan nora danish)

(dalam kes fitnah anwar meliwat saiful) Mubahalah bukanlah jalan penyelesaian. Ayat Al-Quran yang menyebut hukum itu ialah ayat 61 surah Ali-Imran. Mubahalah jelas itu sumpah laknat binasa.
Kes anwar ialah kes Qazaf
Sesama Islam memadai - Musyahadah.

Tuesday, July 8, 2008

DUNIA & BAZIR

Dunia ini adalah
a. tempat berusaha
b. tempat tipudaya/rungsing
c. tempat ujian/bala

hidup ini penuh dengan ujian datang dari Allah. ujian untuk naikkan tahap iman bagi mereka yang bersabar. seorang imam dan seorang kaki dangdut, dua-dua diuji dengan ujian sakit (jantung, kencing manis). hanya yang bersabar dalam menempuhi ujian sahaja yang Allah redha, yang tidak bersabar dikeji Allah.
dunia tempat berusaha. orang jual nasi lemak yang bangun jam 4 pagi sediakan nasi lemak - semua usaha itu jika dengan niat mencari rezeki - Allah akan beri pahala. Berusaha. jika semua nasi lemaknya habis terjual - maka itulah Anugerah/nikmat Allah. Jika tidak habis dijual, maka itu adalah ujian Allah - maka bersabarlah. Itu adalah rezeki orang miskin @ anak yatim - maka bersedekahlah.
--
Membazir itu kawan syaitan (kenapa)
a. lupa itu bertawakal kepada Allah
b. lupa sedekah/zakat/nafkah (kepada mereka yang meminta mahupun yang tidak meminta-minta)
c. beli tapi tidak diguna @ guna sekejap sahaja.