Tuesday, June 17, 2008

Kulah Maghrib - Bab khutbah

Baca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Allah akan bagi NUR sehingga Jumaat berikutnya.

Untuk terang hati - baca surah Ar-Rahman.

Tidak sah sah & pahala jamaah kalau berada lebih daripada 3 hasta ke belakang af/orang terakhir.

Setiap pagi amalkan baca - Bismillah Hil Lazi, La Yadurru Ma as mihi...

Elok berdoa ketika khatib duduk antara khutbah.

Makruh Tahrim (hampir haram - dibenci) melangkah orang yang duduk di saf hadapan (kecuali ada kosong @ Imam yang ingin mengambil tempat di hadapan). Begitu juga suruh orang lain pindah untuk diambil tempatnya.

Kes di Mekah --- Kalau ikut Mazhab Hanafi - Saf perempuan mesti di belakang kalau tak tak sah solat.

Kulaih Al-Quran - Al-Asr

Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Ra' terbahagi 3
1. Ra' tebal - tafhim
2. Ra' nipis - tarkik
3. Ra' nipis/tebal

Masa itu umpama pedang, kalau lambat kita yang akan dipotong.

Jangan bersedih, kerna masa bersedih itu tidak diganti.

Monday, June 9, 2008

Kuliah Al-Quran

Surah Al-Humazah
(Humazah-merujuk kepada lisan/perkataan, sementara Lumazah-merujuk kepada perlakuan/perbuatan)

Saidina Abu Bakar diceritakan menangis ketika dimaklumkan akan surah ini oleh Nabi.

Berhati-hati dengan lidah kita.

Ta marbutah - cara baca ketika wakaf, nafas tak lepas macambhaca huruf Ha (yang nafas perlu lepas)

Lisan dan perlakuan ini merujuk kepada mengumpat dan orang yang mengumpat.
Umpat bermaksud perkara yang diumpat itu benar tetapi orang yang diumpat itu tidak suka/benci/marah. Dilakukan di belakang orang yang diumpat.

Mencela - melakukan umpat/keji terus di hadapan orang tersebut.

Fitnah - perkara yang tidak berasas / tidak betul samasekali yang dirujuk kepada seseorang individu. Hukum fitnah dalam Islam adalah dosa besar (lebih teruk daripada membunuh)

Friday, June 6, 2008

SEMBELIH

Binatang yang boleh dimakan terbahagi 2

a. haiwan yang perlu disembelih -- lembu, unta, kambing
b. haiwan yang tidak perlu disembelih -- belalang, haiwan di laut.

telur penyu boleh dimakan, tetapi penyu tidak (kerana 2 alam)

haiawan beracun pada dasarnya tidak boleh dimakan kecuali darurat.

syarat sembelih:

1. sebut nama Allah
2. guna alat tajam (haram guna gigi/kuku)
3. disembelih di leher kecuali haiwan liar/mengamuk.