Thursday, April 24, 2008

Kuliah Maghrib Khamis 24 April 08 - Aqidah

Sabda Nabi bahawa orang Islam akan berpecah kepada 73 Firkah (termasuk Ahli Sunnah Waljamaah).

72 yang terpesong adalah Syiah (taksub Ali) - terpecah 22 aliran, Khawarij (tentang Ali) - terpecah 20 aliran, Muktazilah (termasuk Qadariah) - terpecah 20 aliran, Marji'ah - (air/minyak takkan bercampur), Najariah, Jabariah (manusia tidak berdaya apa-apa langsung) dan Musyabihah (tuhan ada sifat senacan manusia).

Di Malaysia, sekarang, sudah ada 3 golongan - Ahli Sunnah, Wahabi dan Syiah.

Hadith Nabi - Siapa yang baca surah al-Ikhlas 1,000 kali kepada si mati, maka lepas azab kuburnya.

Malaikat bukan penolong kepada Allah, kerana Allah tidak berhajat kepada segala sesuatu.

Wednesday, April 16, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 16 April 08 - Kuliah Hadis 40

Soalan pertama yang akan ditanya di alam barzakh nanti ialah SOLAT. Maka perkemaskanlah dan perbetulkanlah SOLAT kita

sambungan minggu lepas..

Sebab rosaknya amal. Amal yang dilakukan dalam riak dan syirik.

Kata ulama - tak membuat amal kerana manusia maka ianya adalah riak, manakala buat amal kerana manusia ianya adalah syirik. maka keikhlasan menyelamatkan kita daripada keduanya.

Friday, April 11, 2008

Kuliah Maghrib Jumaat 11 April 08

Sumpah

Dalam bahasa Arab - Aimaan. Banyak bersumpah (dalam urusan berniaga) mengurangkan keberkatan. Sumpah biasanya dalam mahkamah & saksi. Langgar sumpah dikenakan denda/kafarah seperti bab Nazar juga.

Bersumpah hanya dengan nama Allah sahaja. Siapa yang bersumpah selain nama Allah, hatta dengan nama Nabi pun, jatuh syirik. Hanya Allah boleh bersumpah dengan makhluk ciptaannya - bulan, bintang, fajr.

Dibenarkan bersumpah dengan Al-Quran dan ayat2nya.

Syarat bersumpaha. ada akal
b. baligh
c. bukan dipaksa.

Ada 3 jenis sumpaha. largha (salah pada dasar, bertukar suasana, tidak pasti)
b. sumpah menipu
c. sumpah yang harus

Sumpah yang tiada faedah / haram, perlu dilanggar (jangan diteruskan)
Sumpah hendaklah dilafaz (bukan niat sahaja).

Thursday, April 10, 2008

Kuliah Maghrib Khamis 10 April 08 - Aqidah

Pesan-pesan Nabi s.a.w (maksud lebih kurang)
1. Pegang teguhlah pada sunahku.
2. Akan lahir 30 pembohong yang mengaku diri mereka Nabi selepas.
3. Akan ada sekumpulan orang muda yang mengeluarkan fatwa dan dalil tapi sebenarnya tidak mengamalkan agama.
4. Umatku akan berpecah kepada 73, hanya satu yang masuk syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

7 soalan syaitan kepada yang disampaikan oleh malaikat. (Cari..)
Sentiasa mentaati Allah, kerana Allah berada di mana-mana (bukan hanya di dalam masjid).

Wednesday, April 9, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 9 April 08 - Feqah

Mukaddimah
Sentiasa kita mendoakan guru-guru kita.
Rezeki datang dari 4 cara:
a. Rezeki dijamin Allah (contoh - kambing gurun di ladang tandus pun gemuk-gemuk)
b. Rezeki yang dibahagi-bahagi (ada bahagian untuk anak, isteri dan sebagainya)
c. Rezeki yang diamanahkan sementara (beli makanan tiba-tiba ada tetamu datang)
e. Rezeki tidak diduga (untuk orang bertakwa - seperti dalam ayat seribu dinar)

Teliti juga nama-nama, pilihlah nama yang baik. Nafizah (tingkap), Rajimah (yang direjam), Mohd Hinzir, Mohd Munafiq. Kena tukar. Ada nama juga nama yang berat contoh Syed Amirul Mukminin (Penghulu Khalifah Kaum Mukmin)tak terbawa oleh anak-anak.

Feqah
Makruh ketika berkhutbah Jumaat dengan membaca terlalu laju, terlalu perlahan suaranya,puji pemimpin yang berlebihan (adakala kita dengar - Jalalatal Maliki Muazam (makna terlalu besar bagi raja yang besar))

Wednesday, April 2, 2008

Kuliah Maghrib Rabu 2 Apr 08 - Hadith 40

...sambungan Hadis 40.

Amalan yang ikhlas - amalan yang dikerjakan dengan niat kerana Allah dan diberi ganjaran - 3 jenis.
1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Allah suruh, kita buat.
2. Amal dikerjakan kerana inginkan syurga / pahala (ibadat saudagar/businessman)
3. Amal dikerjakan kerana malu kepada Allah dan membuktikan kesyukuran sebagai hamba. Nabi sendiri, walaupun maksum dan telah pasti masuk ke syurga tetapi masih terus beramal ibadat dan pernah bersabda - tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur.

Contoh amalan yang baik dilakukan - solat dhuha - tapi ikhlas hati, jangan buat untuk nak jadi kaya. Solat ini dituntut, tak kira untuk orang miskin atau orang kaya. Fahami maksud doa selepas solat dhuha - Ya Allah, jika rezeki di langit, maka turunkahlah. Jika rezekiku di bumi, keluarkanlah. Jika rezekiku jauh, maka dekatkanlah, jika rezekiku susah, maka permudahkanlah dan jika rezekiku haram maka bersihkanlah.

Lihat kepada makanan yang kita makan - sumbernya, dari mana datangnya.

Buat amal kerana/untuk orang bukan kerana Allah adalah itu riak. Riak itu syirik. Rosak amalan kerana timbul rasa kagum/perasaan hairan dalam melakukan ibadat kononya dia sahaja yang bagus - menjadi sombong/bangga diri.

Muaz manangis mengingatkan sabda Nabi - sedikit sahaja riak, adalah syirik.

Riak ada 2 macam - melakukan amal ibadat kerana
1. manusia.
2. manusia & Allah (bercampur-campur.

Semoga Allah jauhkan diri kita semua dari riak dan syirik.